Semangat



Detik demi detik
Detak demi detak
Kunanti dalam gerak
Maksud kucapai di kemuncak
Bara yang kugenggam, biar padam
Biar hitam, biar sampai jadi arang.

Tak kuhirau melintang aral
Berpantang maut sebelum ajal.
Masa berlari gagah kukejar
Semangat harapan tak pernah pudar.

Hari ini aku bukan sesiapa
Esok mungkin aku seseorang
Nilai hidup aku fahamkan
Agar hati tak kecut dengan kematian.
Andai harus aku berperang
Tak gentar aku menghunus pedang.

Di mana bumi kupijak
Di situ langit kujunjung.
Di atas awan berarak
Di bawah semangat menggunung.

Share on Google Plus

Keindahan Jiwa

Mungkin tak mampu kuselam lautan dalam. Namun bila mendongak langit, aku tenggelam ke dasarnya. Hari ini aku bukan sesiapa, mungkin esok aku seseorang.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment